JANUARI 2025

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Hanya Untuk Pembelian Barangan Dapur - Premier Sarawak


KUCHING: Ahad, 5 Januari 2025

SKAS adalah hasrat Kerajaan Sarawak bagi memastikan rakyat ada makanan di atas meja dan bantuan hanya merupakan barangan asas dapur termasuk beras, gula, garam, teh, kopi dan susu bukan barangan lain. 

Bantuan baharu SKAS kita beri kepada mereka yang berpendapatan rendah kategori B40 dan M40 mengikut katerianya bagi membantu mereka menghadapi kos sara hidup mereka berjumlah RM450 juta dengan harapan meringankan bebanan seramai 800 Ribu rakyat yang layak.

Kita mahu keluarga ini mempunyai zat makanan mencukupi kerana anak mereka ke sekolah perlu zat makanan agar daya pemikiran dan kecergasan mereka serta tidak mahu mereka tertinggal dan inilah bantuan kepada rakyat hasil daripada pendapatan bertambah sedikit dan beri balik kepada rakyat

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Johari menyatakan demikian pada sidang media setelah melawat bagi melihat dan mendengar proses SKAS serta mendengar sambutan rakyat di Kaunter SKAS bertempat di UTC Bandar, Kuching.

Sementara itu, dalam kenyataan selanjutnya, beliau mengatakan bahawa SKAS merupakan bantuan kewangan melalui baucer digital yang boleh di akses melalui aplikasi Spay Global atau e-dompet utk pembelian barangan asas.

Mereka yang layak adalah rakyat Sarawak yang mempunyai kad pengenalan K dan menetap di Sarawak dan merupakan penerima sumbangan tunai Rahmah STR Fasa 4 berdasarkan maklumat LHDN, mereka yang tidak tersenarai dalam STR tetapi memenuhi kelayakan kriteria SKAS bolehlah mengemukan permohonan  mulai 1 Feb hingga 31 Mac 2025.

Katanya lagi, kerajaan Sarawak akan mengerakkan jentera pentadbiran di seluruh Sarawak bagi membantu program SKAS termasuk semua Residen, Pegawai daerah, PBT, Service Sarawak Center, Setiausaha Politik dan Wakil Rakyat, 

Turut hadir adalah, Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Abu Bakar bin Marzuki, YB Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak ( Hal Ehwal Koporat dan UKAS ) dan 

dif-dif kenamaan lain.